Heliza Helmi Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati, Ramai Peminat Ucap Tahniah

Entertainment
1 Jan 2022 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas peserta Akademi Fantasia dan aktivis terkenal, Heliza Helmi dilaporkan sudah bernikah dengan pilihan hati, Mahadi pada hari ini.

Menerusi satu hantaran oleh Dr. Mohd Izhar Ariff di Facebook, beliau ada memuat naik gambar Heliza Helmi bersama pasangan, dan sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

image is not available

Dr. Mohd Izhar Ariff turut meminta maaf kepada pasangan ini kerana tidak dapat hadir ke majlis pernikahan mereka kerana berada di luar kawasan.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan… Esok kita jumpa ye..image is not available

TAHNIAH KEDUA ADINDA SAYA Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.. Syukur…

Posted by Dr Mohd Izhar Ariff on Friday, December 31, 2021

 

Difahamkan, majlis Heliza Helmi bersama pasangan diadakan di Pulau Langkawi. Bagaimanapun, lokasi sebenar majlis tidak didedahkan dalam hantaran tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini diberkati dan kekal bahagia di dunia dan akhirat.

Tahniah buat Heliza Helmi dan pasangan!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.