Bantu Pemain Lawan Yang Kena Serangan Jantung, Bintang Colombia James Rodriguez Diangkat Sebagai Wira

Entertainment
15 Jan 2022 • 1:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang bola sepak Colombia, James Rodriguez diangkat sebagai wira selepas tindakan pantasnya memberikan bantuan kecemasan kepada pemain pasukan lawan dalam aksi Liga Qatar beberapa hari lepas.

image is not available

Dalam kejadian itu, pemain pertahanan Al-Warkah, Ousmane Coulibaly tiba-tiba rebah di pintu gol. Rodriguez yang bermain bersama pasukan Al-Rayyan bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan dengan membetulkan kepala Coulibaly bagi melancarkan pernafasannya.

image is not available

Tindakan Rodriguez yang terus berlari ke arah Coulibaly dan memangku leher, meluaskan pengaliran udara sebelum pasukan paramedik tiba dari hujung padang adalah sangat signifikan dalam menyelamatkan nyawa Coulibaly.

image is not available

Sukacita dimaklumkan, Coulibaly dalam keadaan stabil dan kini menjalani rawatan di hospital berdekatan. Memetik laporan GM Sports, pihak Liga Qatar telah mengesahkan Coulibaly mengalami serangan jantung dalam perlawanan itu.

Walaubagaimanpun, perlawanan itu terpaksa ditangguhkan dan baki minit permainan akan diteruskan pada hari Isnin ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.