2.8 juta rakyat Syria terjejas akibat ribut salji

25 Jan 2022 • 3:09 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NEW YORK : Ribut salji yang telah melanda wilayah itu menyebabkan lebih tiga juta orang Syria telah kehilangan tempat tinggal.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu kepada masyarakat antarabangsa bagi membantu rakyat Syria mendapatkan tempat berlindung daripada ancaman cuaca melampau itu.

“Tiada sesiapa harus hidup dalam keadaan ini dan ia sama sekali tidak boleh diterima. Kami amat prihatin nasib 2.8 juta orang yang tiada tempat tinggal di rantau ini.

Timbalan Penyelaras Kemanusiaan serantau PBB, Mark Cutts berkata konflik Syria ini menyifatkan situasi itu sebagai “zon bencana sebenar”.

Khemah-khemah di kem pelarian utara Syria yang dilanda perang umumnya runtuh akibat timbunan salji, kebanyakannya runtuh akibat timbunan salji manakala kawasan lain mengalami hujan lebat atau suhu beku.

Tahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meminta lebih daripada $4 bilion bantuan kemanusiaan untuk Syria, tetapi hanya 45 peratus daripada jumlah itu diterima.

Usaha pembersihan salji dilakukan dengan tangan kerana kekurangan peralatan, dan khemah diminta diganti dengan tempat perlindungan yang lebih baik.

Wilayah Idlib di Syria, yang menempatkan 2.8 juta orang miskin, adalah wilayah terakhir Syria menentang rejim di Damsyik.

Bantuan kemanusiaan biasanya dihantar melalui sempadan Turki-Syria, dengan kebenaran khas PBB.

-AGENSI

image is not available

 

Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut boleh menghubungi pihak MAPIM Malaysia menerusi talian hotline 1300-888-038 (9am-6pm Isnin-Jumaat)atau whatapps ke 012-800-2016 atau menghantar email kepada admin@mapim.org