2.8 juta penduduk Syria terjejas akibat ribut salji

25 Jan 2022 • 3:43 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NEW YORK: Ancaman musim sejuk yang teruk menduga hampir tiga juta penduduk Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat ribut salji melanda wilayah itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat antarabangsa membantu penduduk Syria untuk mendapatkan tempat berlindung daripada ancaman cuaca melampau itu.

“Ia merupakan zon bencana sebenar kerana tiada sesiapa harus hidup dalam keadaan ini dan ia sama sekali tidak boleh diterima. Kami amat prihatin nasib 2.8 juta orang yang tiada tempat tinggal di rantau ini,” kata Timbalan Penyelaras Kemanusiaan serantau PBB untuk krisis Syria, Mark Cutts.

Kebanyakan khemah di kem pelarian utara Syria runtuh akibat ribut salji dan timbunan salji, manakala kawasan lain mengalami hujan lebat atau suhu beku.

Tahun lalu, PBB hanya menerima 45 peratus daripada jumlah AS$4bilion yang dimohon untuk bantuan kemanusiaan di Syria.

Operasi pembersihan salji dijalankan dengan tangan kerana kekurangan peralatan sambil meminta khemah digantikan dengan tempat perlindungan yang lebih kukuh.

Tempat tinggal 2.8 juta orang yang kehilangan tempat tinggal itu di wilayah Idlib yang merupakan wilayah terakhir Syria menentang rejim di Damsyik.

Bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka terutamanya melalui sempadan Turki-Syria menerusi kebenaran khas PBB. – AFP

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today