Tak Hanya ‘Famous’ Di Tiktok, Mommy Jerung Merah Kini Sertai Pentas Big Stage

Entertainment
20 Jan 2022 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebut saja nama skuad Jerung Merah, automatik kita akan teringat ayat-ayat ‘keramat’ dari kumpulan gadis berbaju hitam dan bertudung merah ini. Beri laluan, beri laluan, mommy jerung nak lalu ni boh…

Tidak lama selepas namanya melonjak naik di Tiktok, Sofiaa Marieylla atau nama sebenarnya Wan Siti Mariam Wan Mahyudin sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Akulah Jerung Merah.

Melangsungkan lagi kareer nyanyiannya, Sofiaa Marieylla, juga digelar Mommy Jerung oleh komuniti Tiktok baru-baru ini sekali lagi mendapat perhatian apabila tersenarai sebagai salah seorang peserta program realiti Big Stage untuk tahun 2022.

Menurut Awani, Sofiaa dikatakan bersedia untuk bersaing dengan peserta lain dan akan cuba mempelajari lebih banyak teknik nyanyian sepanjang penyertaannya dalam Big Stage nanti.

Gementar itu ada untuk berada di pentas Big Stage sebab saya tidak mempunyai sebarang pengalaman, namun bagi saya ia adalah satu cabaran buat saya.”

Dalam masa sama, Sofiaa juga menyatakan dia tidak meletakkan sebarang sasaran bagi program realiti ini.

Bagi saya kalah menang itu adat, dapat maju ke minggu demi minggu itu juga satu rezeki, apa yang penting adalah saya dapat belajar dengan mereka yang betul-betul berpengalaman untuk menjadi seorang penghibur yang lebih baik”

image is not available

Peserta lain yang bakal merebut gelaran juara bersama Sofiaa termasuklah Aisha Retno, Megat Rahim, Elica Paujin, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Danial Chuer, Yasmin Aziz dan Tuah Adzmi.

image is not available

Sementara itu, Syafiq Abdilah akan mewakili Brunei dalam program realiti tersebut, sementara Tegar Septian pula menjadi wakil tunggal dari Indonesia.

Big Stage 2022 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam bermula 6 Februari ini.

Agak-agak Sofiaa akan bawa skuad jerung merah naik pentas sama-sama tak nanti? Mesti lagi meriah, kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.