Netizen Tertanya-tanya Status Hijab Natasha Hudson Lepas Muat Naik Gambar ‘Free Hair’

Entertainment
11 Jan 2022 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kecoh dengan penampilan baru oleh selebriti tanah air, Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39 tahun yang mana dirinya tidak lagi mengenakan hijab.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Natasha selepas memuat naik beberapa gambar di akaun Instagramnya @natashahudsonofficial. Walau bagaimanapun, perkara itu menjadi persoalan di kalangan peminat kerana rata-rata masih tidak tahu status hijab Natasha yang terkini.

 

 

image is not available

image is not available

Situasi kecoh selepas pelakon dan pengacara itu hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan baru-baru ini. Terbaru, dia kongsikan reels dirinya menikmati festival tersebut.

Difahamkan lagi, selepas kecoh dengan isu itu, Natasha Hudson telah mengambil keputusan dengan menukar akaun Instagram miliknya kepada mod privasi dan kembali tukar kepada public pagi ini namun menutup ruangan komennya.

image is not available

Menurut K! Online, ramai yang terkejut kerana Natasha sebelum ini mula berhijab pada 2013 dan pernah mengenakan niqab pada 2016. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak Natasha Hudson sendiri berkenaan dengan status hijabnya.

Sebelum ini juga, Natasha pernah mencetuskan kontroversi selepas menggayakan pakaian ketat dan menampakkan bahagian bahunya yang tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang yang berhijab.

Tak apa, kita doakan yang baik-baik untuk Natasha yaa… Mungkin ada sebab yang kita taktau. Tunggu je statement dari Natasha nanti okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.