“Ikut jejak langkah New Zealand” – Menteri Kesihatan Cadang Haram Jualan Rokok Untuk Generasi Akan Datang

16 Jan 2022 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Malaysia bercadang untuk mengharamkan penjualan produk berasaskan tembakau dengan mengikut jejak langkah New Zealand.

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkata kepada media, satu akta baharu melibatkan produk tembakau dan rokok akan dibentangkan dalam Sidang Parlimen akan datang bagi menggantikan akta yang sedia ada dibawah Akta Makanan 1983.

image is not available

Menurut sumber dari Code Blue, undang-undang terbaharu itu akan turut mengariskan penjualan produk rokok elektronik dan vape, dan juga memperkenalkan “generation end-game” untuk perokok di negara ini dalam jangka masa panjang.

Bagi saya, pengharaman penjualan rokok kepada generasi akan datang mesti dilaksanakan supaya generasi seterusnya tidak tahu apakah itu rokok” – Menteri Kesihatan

image is not availableUntuk rekod, New Zealand bercadang untuk mengharamkan penjualan rokok dan produk berasaskan tembakau kepada individu yang lahir selepas tahun 2008. Undang-undang itu sudah dibentangkan di parlimen negara itu dan dijangka akan berkuatkuasa pada tahun ini.

Bermula 2027, New Zealand juga akan menaikkan umur minima perokok bermula 18 tahun setiap tahun. Ini hanya akan membenarkan perokok sedia ada membeli produk tembakau itu dan secara tidak langsung menghentikan jualan kepada individu yang lahir selepas tahun 2008.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.