KJ Dedah 12 Jemaah Yang Baru Pulang Umrah, Positif Covid-19 Varian Omicron & Belum Divaksin

6 Jan 2022 • 6:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa 12 daripada 17 jemaah yang baru pulang dari umrah positif Covid-19 dengan varian Omicron tidak mendapat sebarang suntikan vaksin disaat berdepan kritikan orang ramai atas keputusannya menyekat perjalanan umrah pada 8 Januari.

Tambahnya lagi, ini merupakan pelanggaran SOP yang telah dikeluarkan terlebih dahulu. Menurut Khairy lagi, sekatan perjalanan sementara ini akan berjalan selama sebulan.

“Punca terbesar jangkitan kes import samada varian Omicron dan sebagainya adalah dari Arab Saudi.”

image is not available

Katanya lagi, sekiranya tidak bertindak mengikut data yang diperolehi kita tidak akan mampu mengekang gelombang varian Omicron.

Dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan menjangkakan sekiranya sekatan umrah ini tidak dijalankan, tidak mustahil kes jangkitan akan mencecah sebanyak 15,000.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.