“Tak Kelakar, Kalau Mati Macam Mana” – Tok Imam Paksa Pencuri Jadi Jenazah, Siram Dengan Air & Kapur Barus

12 Jan 2022 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sebuah video rakaman menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung masjid telah ditangkap.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Jalal Misai di Twitter itu, lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap oleh orang ramai dan diberikan hukuman serta mereta.

Boleh dilihat di dalam video, dia dipaksa untuk baring dalam ruang memandikan jenazah dan dikelilingi beberapa penduduk serta seorang lelaki lengkap berserban, dipercayai ‘Tok Imam’ masjid terbabit.

 

Kena lumur kapur barus

Suspek terbabit kemudian ‘dimandikan’ oleh orang ramai dan Tok Imam turut dilihat menggunakan getah paip itu untuk memukulnya beberapa kali.

Menurut Sinar Harian, dalam situasi tegang itu, tok imam dilihat menyiram lelaki tersebut dengan air serta melumurnya dengan kapur barus sebelum mukanya ditutup dengan kain oleh penduduk di tempat kejadian.

Biar kau insaf!”

 

Netizen berbeza pendapat

Menjengah komen di Twitter, netizen dilihat memberikan berbeza pendapat di mana ada yang berasa tindakan tok imam dan penduduk itu kelakar.

Menurut mereka, pencuri seperti pemuda itu memang sepatutnya diperlakukan sebegitu supaya menginsafkannya. Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat mereka tidak boleh mengambil tindakan sendiri sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa.

image is not available

Ada yang menegur bahawa tindakan tersebut kasar dan melampau selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas memandangkan mereka ada menyiram air di bahagian mukanya.

image is not available 2 minggu lalu

"Anak Saya Perlu Handphone Untuk Sekolah" - Bapa Curi Duit Tabung Masjid, Janji Bayar Semula Dalam Setahun