“Marah memang marah, tapi..” – PU Syed Tegur Sikap Ahli Masjid ‘Ajar’ Pencuri Tabung Masjid

Entertainment
12 Jan 2022 • 6:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kejadian telah berjaya mendapat tumpuan netizen apabila cubaan seorang lelaki untuk mencuri tabung masjid gagal setelah perbuatannya itu berjaya ditangkap oleh ahli-ahli masjid tersebut.

Disebabkan itu, pencuri tersebut telah ‘didenda’ untuk mandi jenazah siap ditabur kapur barus lagi.

Jika dilihat dalam video berdurasi 25 saat tersebut, dia siap dilumurkan dengan kabur barus dan muka ditutup dengan kain, persis seperti proses memandikan jenazah secara realiti.

 

Nampak macam islam membenarkan berbuat zalim – PU Syed

Bagaimanapun, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih mesra dengan panggilan PU Syed kurang berkenan melihat tindakan tersebut.

Menerusi Facebook rasmi miliknya, PU Syed anggap bahawa kelakuan memviralkan itu bakal mengundang satu hal yang lain. Tidak dinafikan perbuatan mencuri tabung masjid itu salah dan PU Syed mengaku yang dia sendiri marah, tetapi…

Isu curi tabung Masjid satu hal, bila ditangkap, dimandikan ditempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya…

Posted by PU Syed on Tuesday, January 11, 2022

“Risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak mcm islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.”

Katanya lagi, dia bimbang ada perkara yang ‘tidak beres’ di zaman canggih ini. Sebelum ini, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada juga anggap ianya keterlaluan.

Setakat ini masih belum ketahui waktu dan lokasi kejadian.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.