Tular Gambar Jalan Berlubang Ditutup Pakai ‘Baju Bundle’, Netizen Tanya Mana YB

21 Jan 2022 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerap kali kita melihat pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila jalan yang menjadi kegunaan harian tidak dibaiki dan berada dalam keadaan teruk.

Terbaru kali ini, seorang netizen telah berkongsi di Facebook Kelantan State mengenai keadaan jalan di Pasir Mas yang menurutnya dalam keadaan daif dan berlubang di merata-rata tempat.

Lebih menyedihkan apabila sesetengah daripada jalan yang rosak itu telah ditampal menggunakan ‘baju bundle’ oleh penduduk di kawasan berkenaan. Uish teruk ni!

image is not available

image is not available

 

“Ni gambar jalan kampung saya, teruk admin”

Menurut individu terbabit, gambar yang dikongsikan itu adalah keadaan jalan di kampungnya yang dilihat sangat daif sehingga lubang pada jalan terpaksa ditutup menggunakan baju terpakai.

Meskipun tidak diketahui bila gambar ini dirakam, ia katanya berlaku di Jalan Bukit Pecah ke Cabang 4, Batu Karang, Pasir Mas di bawah Parlimen Pasir Panjang dan DUN Bukit Tuku.

Assalamualaikum admin, Ni gambar jln kg saya, Teruk admin, jln pun tutup lubang pkai baju bundle jahLokasi: Jalan…

Posted by Kelantan State on Wednesday, January 19, 2022

 

“Jalan lubang banyak, ejah mana yang berwajib tolong lah”

Perkongsian tersebut telah mengundang rasa sedih netizen yang mana rata-rata mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil rakyat di kawasan itu untuk bertindak dengan segera jika aduan itu benar.

image is not available

Harap dengan perkongsian ini pihak berwajib dapat baiki jalan tersebut dengan sebaiknya. Kesian tengok penduduk guna jalan daif macam tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.