Abang Viva Kini Sukarelawan APM, Bakal Jalani Latihan Penyelamatan Agar Lebih Bersedia

8 Jan 2022 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Azwan Omar, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dilaporkan telah dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Menurut Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, pihaknya akan membantu pemuda berusia 30 tahun itu menjalani latihan penyelamatan yang lebih tersusun dan sistematik.

Ini adalah bertujuan agar beliau lebih bersedia dan berkeyakinan dalam menjalankan tugas sukarelawan kepada orang awam apabila berlakunya sesuatu nanti.

“Jadi, kita akan latih beliau mengikuti kursus penyelamatan yang lebih lengkap. Selain itu beliau akan menjalani latihan supaya apabila turun memberi khidmat di tempat bencana, beliau lebih bersedia dan berkeyakinan,” jelas beliau kepada sumber.

Difahamkan juga, Azwan Omar akan menjalani beberapa siri kursus dan latihan penyelamatan yang disediakan oleh pihak APM kelak.

image is not available

Bagaimanapun, pemuda yang dikenali sebagai Abang Viva itu sudahpun mempunyai kerja tetap. Jadi, Pengarah APM berkata pemuda itu boleh turut serta bersama mereka apabila mempunyai masa lapang.

“Disebabkan pada masa ini, beliau (Azwan) mempunyai kerja hakiki, jadi sekiranya ada waktu terluang, beliau boleh bersama kita sebagai sukarelawan pasukan pertahanan awam bagi memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, Cuthbert telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan Omar pada Selasa lalu di kediaman keluarganya.

Semoga rezeki Abang Viva semakin murah!

Sumber: Awani

image is not available

Sumber: Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved