Masalah anjing: DBKK ambil tindakan

7 Jan 2022 • 10:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam proses mencari rumah untuk lima ekor anjing, yang sebelum ini dipelihara di sebuah rumah di Luyang, dan memantau sebuah kejiranan di Kepayan bagi memastikan haiwan peliharaan seorang penduduk tidak menjadi gangguan.

Ini berikutan maklum balas daripada dua pemilik rumah bahawa anjing di kedua-dua lokasi menimbulkan masalah.

Mereka berkata, haiwan peliharaan ini mengejar orang yang lalu-lalang dan merosakkan pemandangan di kawasan umum dengan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan, selain menjadikan kawasan ini sebagai tandas.

Individu ini memberikan Hotline berhubung alamat pemilik anjing di dua kejiranan ini, masing-masing. Maklumat ini dikemukakan kepada agensi berkenaan.

Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKK berkata rumah di Luyang sudah dua kali diperiksa sejak 13 Disember, dengan notis diberikan kepada pemiliknya.

“Pegawai kami dengan pegawai Bahagian Kawalan Haiwan (ACD) mendapati terdapat tujuh ekor anjing di dalam rumah di Taman Fu Yen itu semasa pemeriksaan pertama,” katanya.

Kakitangan DBKK dalam proses mengedarkan notis ke rumah yang berkenaan di Taman Fu Yen.

“Tiada orang di rumah pada masa itu tetapi kakitangan kami berjaya menjejaki di mana pemilik haiwan itu bekerja dan bertemu dengannya secara bersemuka pada keesokannya.”

Mereka memaklumkan pemilik itu yang dia hanya boleh memelihara dua ekor anjing pada satu-satu masa dan dia perlu mendapatkan lesen untuk haiwan peliharaannya, menurut jurucakap itu.

Katanya, semakan awal mendapati tiada seekor pun anjingnya didaftarkan.

“Pemilik anjing itu diminta untuk menempatkan semula haiwan peliharaannya yang tidak berlesen, dengan cadangan yang mungkin dipertimbangkannya adalah membenarkan DBKK mengambilnya.”

Katanya, bimbingan lanjut diberikan kepada penduduk itu tentang cara menjaga binatang peliharaan.

“Kakitangan kami mengajarnya beberapa kaedah tentang cara menjaga kebersihan halaman rumahnya dan membuang najis anjing dengan betul.

“Individu itu juga diminta untuk memastikan haiwan peliharaannya tidak mengganggu jirannya dengan menyalak tanpa henti atau berkeliaran tanpa pengawasan di jalan perumahan.”

Dia berkata risalah mengenai keperluan DBKK mengenai pemeliharaan haiwan diberikan kepadanya.

Jurucakap itu berkata pemeriksaan susulan dibuat pada 4 Januari lalu.

“ACD mendapati masih ada banyak anjing di kawasan perkarangannya.

“Pemilik itu memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi keperluan kami.

“Pegawai kami difahamkan bahawa dia berdepan beberapa kesukaran untuk menyerahkan haiwan peliharaannya.”

Penduduk itu, kemudian, bersetuju untuk menyerahkan lima anjing peliharaannya kepada DBKK agar ia boleh dipelihara oleh orang awam yang berminat, menurutnya.

Jurucakap itu berkata individu berkenaan diberi tempoh untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing 1963 (Pindaan 2008) agensi itu.

“Jika dia gagal mendapatkan lesen untuk haiwan peliharaannya selepas ini, maka tindakan lanjut akan diambil.”

AXEL, yang tinggal di Lorong Angsa 2 di Luyang, beranggapan jirannya mempunyai banyak anjing dari yang sepatutnya di halaman rumahnya.

Katanya, bunyi salakan anjing menghalang dia dan keluarganya daripada tidur lena.

“Sukar untuk tidur selepas itu, terutamanya apabila anjing bergaduh,” katanya.

“Kami sudah bermalam-malam terjaga disebabkan perkara ini.”

Katanya, haiwan berkenaan juga menyalak tanpa henti walaupun di siang hari.

“Ia sangat menganggu terutamanya mereka yang menjaga bayi, kerana bayi mereka akan menangis disebabkan bunyi bising.

“Beberapa jiran saya sakit dan tidak sihat. Mereka mengadu bahawa sukar untuk tidur pada waktu petang.”

Axel berkata beberapa jirannya pernah mengadu kepada DBKK berhubung gangguan itu, tetapi situasi masih sama.

“Saya difahamkan pembayar cukai di Kota Kinabalu tidak dibenarkan menyimpan lebih dua ekor anjing di perkarangan rumah mereka pada satu-satu masa.

“Jika ia demikian, saya tidak tahu bagaimana jiran saya boleh terlepas menjaga begitu banyak anjing.”

Dia ingin tahu sama ada DBKK mengeluarkan lesen untuk semua haiwan peliharaan ini.

Sementara itu, ACD sedang memantau keadaan di sepanjang Lorong Rampai, di Kepayan, menurut jurucakap itu.

Katanya, mana-mana anjing tanpa pengawasan yang didapati berkeliaran akan ditangkap oleh agensi itu, tidak kira sama ada ia mempunyai lesen atau tidak.

“Seorang pemilik rumah di sini dimaklumkan mengenai perkara ini dan diingatkan agar memastikan anjingnya kekal di dalam kawasan rumahnya,” katanya.

“Dia diberi amaran tegas agar tidak membiarkan pintu pagar depannya terbuka, apabila dia meninggalkan rumah, kerana ini memberi peluang kepada anjingnya untuk keluar ke kawasan awam.

“Penduduk itu juga diminta menutup ruang antara palang di bahagian bawah pintu pagarnya supaya haiwan peliharaannya tidak dapat menyusup keluar dari rumahnya.”

Tindakan ini dibuat selepas DBKK menerima bukti pada pertengahan Disember lalu bahawa anjingnya berkeliaran tanpa pengawasan di jalan perumahan di Taman Selesa.

“Pegawai kami datang ke rumah itu sebaik sahaja kami menyedari masalah ini. Semasa pemeriksaan, mereka mendapati haiwannya ada di dalam halaman rumahnya.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.