“Sempat Kau Mekap Kak!” – Video Mak Buyung Ketip Bulu Mata Sambil Layan ‘Contraction’ Curi Perhatian

Entertainment
4 Jan 2022 • 5:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebiasaannya, ramai wanita yang bakal melahirkan dan sedang menahan kontraksi akan berasa lemah dan tidak larat untuk berbuat apa-apa. Tetapi lain pula bagi seorang wanita mengandung yang viral di TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian sebuah video, wanita yang sarat hamil itu dikatakan sebenarnya sedang melayan dan menahan kontraksi. Namun, pada masa yang sama ketika itu dia tetap menggagahkan diri untuk bersolek.

Boleh dilihat dari rakaman itu, dia berhenti melakukan solekan di wajahnya beberapa kali apabila kontraksi datang. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengepit bulu mata dan dia juga turut kekal tersenyum.

Ramai netizen terhibur dengan tindakan wanita tersebut dan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama serta ada yang berkata mahu mencuba berbuat sebegitu ketika menahan kontraksi.

image is not available 3 minggu lalu

Ernie Zakri Masih Mampu Nyanyi Nada Tinggi Biarpun Sedang Sarat Hamil