Kepayan Bravo Blue juara Piala Olympia Sabah

18 Jan 2022 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pasukan Kepayan Bravo Blue dari Polis Diraja Malaysia, muncul juara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Olympia Sabah yang diadakan di Olympia Badminton Arena di Inanam pada hujung minggu lalu.

Pasukan diketuai Asisten Superintendan Mohd Yassin Sagap itu menewaskan Pasukan AturMaju 2-0 di final untuk membawa pulang hadiah tunai RM5,000.

Mata pertama mereka hadir menerusi beregu campuran Inspektor Nurwati Ismail dan Sarjan Ishak Abdul Razak yang menewaskan Tan Sue Lin dan Ku Zen Yie 31-27.

Samrin Abdul Sahi dan Lans Koperal Mohd Fadhly Mat Nor kemudian memberikan mata kemenangan dalam acara beregu dengan kemenangan 31-25 ke atas Gan Jen Sen dan Jack Chin.

Tempat ketiga ialah Pasukan Lahad Datu Plus susulan kemenangan 2-1 ke atas Kepayan Bravo Yellow pada perlawanan play off.

Sementara itu, penganjur Jacko Pan berkata tujuan utama penganjuran kejohanan sulung itu adalah untuk memainkan peranan mereka dalam menyediakan platform kepada penggemar badminton khususnya belia untuk menunjukkan dan membangunkan kemahiran mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.