Tak Ambil Dos Penggalak, ‘Pandemik’ Akan Berlarutan Hingga 6 Tahun Lagi?

Health & Fitness
10 Jan 2022 • 9:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
6 tahun

Barisan kabinet Britain meramalkan bahawa pandemik Covid-19 mungkin akan berlarutan hingga 6 tahun lagi.

Menerusi laporan Kosmo, dengan jangkaan pandemik yang berlarutan itu, kit ujian kendiri yang diberikan secara percuma di Britain akan ditamatkan bagi mengelakkan kerugian.

Kit ujian percuma di beberapa tempat yang perlu saja

image is not available

Barisan menteri Britain sedang mempertimbangkan untuk menyediakan kit ujian secara percuma di pusat jagaan warga emas, hospital dan sekolah.

Saya tidak fikir kita berada dalam dunia yang membolehkan kita berterusan memberi set ujian kendiri antigen pantas secara percuma kepada rakyat selama-lamanya.

Kita mungkin perlu beralih ke senario di mana pemberian kit ujian kendiri berkurangan namun dalam masa sama memiliki kapasiti untuk meningkatkannya mengikut keperluan semasa. – Sumber The Sunday Times

Cadangan untuk hentikan pemberian ujian kit ini secara percuma adalah kerana kajian menunjukkan gejala varian Omicron adalah lebih ringan daripada strain lain. Dos penggalak juga dipercayai mampu melindungi seseorang daripada Omicron.

Rakyat dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin, termasuk dos pengalak untuk keluar daripada wabak Covid-19 ini dengan segera.

Semoga pandemik Covid-19 ini cepat berakhir. Kalau lagi enam tahun berlarutan, mungkin lagi enam tahun la kita tak raya? Hmm sedihnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media