“Tak pelat pun!”- [VIDEO] Netizen Puji Wanita German Nyanyi Lagu Gadis & Bunga

Entertainment
26 Jan 2022 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ni, lagu Gadis & Bunga nyanyian Rahimah Rahim telah tular di laman sosial terutamanya sebagai trend di TikTok.

Lagu yang boleh dianggap evergreen itu bukan sahaja menjadi siulan kebanyakan warga TikTok, malah ada juga yang siap buat dance move lagi! Biasalah zaman sekarang ni macam-macam challenge ada dekat TikTok tu!

Tak ketinggalan, seorang wanita asal German ini dengan comelnya menyanyikan lagu Gadis & Bunga ini kerana dikatakan dah tersangkut dalam kepalanya!

Wanita kacukan German-Russia bernama Michelle ini terlihat sangat fasih menyanyikan lagu evergreen itu. Tak ada bunyi pelat pun!

Video nyanyiannya yang hanya berdurasi 10 saat itu telah pun berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta penonton dan 119.4 ribu like tak sampai sehari pun!

Michelle berkongsikan akaun TikTok bersama suaminya yang merupakan warga tempatan (Riza Amir) dilihat sering membuat content yang comel dan menghiburkan. Seperti sebelum ini, Michelle juga pernah viral kerana tekaknya yang kalah tekak orang Melayu, suka makan durian!

Di ruangan komen pula, ramai yang memuji sebutan dan nyanyian Michelle ni. Bukan setakat tekak Melayu, Bahasa Melayu pun dia pro juga!

image is not available

Perform lah Michelle ni. Dia lagi Melayu daripada orang Melayu tau!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved