Gelombang sejuk diramal berterusan sehingga hujung minggu di Arab Saudi

19 Jan 2022 • 3:09 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RIYADH : Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menjangkakan gelombang sejuk dengan suhu di bawah sifar di bahagian utara negara itu.

Sistem amaran awal NCM menjangkakan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini, dengan suhu di ibu negara Riyadh mencecah satu darjah Celsius.

Dalam ramalan harian NCM, penurunan suhu akan berterusan di kebanyakan wilayah, ditambah dengan kabus dan awan hujan, serta angin berdebu akan menyekat penglihatan di bahagian tertentu di Madinah, Riyadh dan wilayah Timur.

Agensi berita Arab News turut menyatakan ribut petir dengan angin kencang dijangka berlaku di bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha, dan Makkah.

Dalam ciapan twitter NCM, suhu terendah direkodkan di wilayah Turaif. Ia mencatatkan suhu terendah sejak awal musim sejuk tahun ini, diikuti di Qurayyat dan Arar.

Pengarah Pusat Meteorologi Negara wilayah Tabuk, Farhan Al-Anzi, berkata jabatannya telah merekodkan suhu di bawah sifar. Salji di muhafazah akan berterusan pada Selasa.

Dengan datangnya salji tebal, suhu di bandar penting lain di wilayah utara, termasuk Tabuk, Arar, Rafha, dan Shaqraa, turun di bawah sifar.

Di Riyadh, mengikut ramalan cuaca, ia mencatatkan suhu terendah musim ini iaitu lapan darjah celsius pada Selasa dan menjangkakan penurunan kepada tiga darjah celsius esok dan satu darjah celsius (Jumaat).

-AGENSI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved