Lelaki Kongsi Penampakan ‘Kelibat’ Dalam Rumah Lama Kosong Jam 3 Pagi Di Twitter, Netizen Balas Cerita Sebenar…

Entertainment
5 Jan 2022 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila cerita tentang penampakan ‘kelibat’ atau lembaga, mesti semua akan rasa seram sejuk dan meremang kan? Itu baru cerita, kalau jumpa lagi lah…confirm lari tak cukup tanah!

Semalam, kecoh di laman Twitter satu perkongsian tentang gambar penampakan ‘kelibat’ terlihat di dalam satu rumah kosong yang dipercayai di kawasan Klebang Ipoh.

Melalui tweet yang dikongsikan oleh @cheajibsayang tersebut, dikatakan gambar penampakan itu yang diambil pada jam 3 pagi oleh kawan terdekatnya dari jarak jauh ke dalam rumah yang dipercayai sudah lama kosong.

Jika dilihat daripada tangkapan gambar tersebut, penampakan ‘lembaga’ itu kelihatan agak menyeramkan kerana ia berbentuk seperti seorang wanita berjubah hitam berada di sebalik tingkap dalam rumah kosong itu.

Misteri terbongkar…

Pagi tadi, ada seorang netizen yang membalas tweet tersebut untuk menceritakan hal sebenar yang berlaku. Rupa-rupanya, misteri penampakan ‘lembaga’ hitam di sebalik tingkap rumah kosong itu adalah tuan rumah yang datang untuk serah kunci rumah kepada pembeli baru!

Menurut perkongsian tuan rumah tersebut di laman Facebook pula, rupa-rupanya rumah itu tak ada lah lama sangat dibiarkan kosong…tiga hari je! Waktu serah kunci pula bukanlah pada jam 3 pagi tapi 9 malam!

Lepas ni x boleh la viewing malam dengan pakai jubah kot, ada jiran boleh pulak tangkap gambar camni… hantu zaman moden duduk tempat terang kan image is not available

Posted by Wani Property-Perak on Monday, January 3, 2022

Nasib baik owner buka mulut…buat suspense je. Takpe, at least awak dapat jiran baru and rumah tu confirm takde lembaga hehe.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.