Apple Kini Mempunyai Lebih 1.8 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

TechnologyDigital
28 Jan 2022 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tim Cook pagi ini mengumumkan Apple kini mempunyai lebih 1.8 bilion peranti aktif di seluruh dunia. Ini adalah peningkatan hampir 10% berbanding 1.65 bilion peranti aktif yang diumumkan tahun Januari tahun lalu.

image is not available

Peranti aktif yang dimaksudkan adalah iPhone, iPod touch, iPad, Mac, Apple TV, dan Apple Watch. Namun begitu kali ini Tim Cook tidak pula mendedahkan berapakah jumlah setiap peranti aktif. Tahun lalu lebih 1 bilion daripada 1.65 billion adalah iPhone. Jelas sekali iPhone ialah peranti paling laku ditawarkan oleh Apple kepada pengguna.

Berdasarkan laporan kewangan syarikat untuk tahun fiskal S1 2022, 57.8% pendapatan dijana oleh iPhone diikuti oleh perkhidmatan (15.7%), peranti boleh pakai/aksesori/ rumah (11.9%), Mac (8.8%) dan iPad (5.8%). Berita baik buat Apple ialah kesemua produk mencatatkan peningkatan berbanding suku yang sama tahun lalu kecuali iPad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved