Lima juta ringgit untuk pembinaan ‘ban’ di Segamat – Perdana Menteri

LocalPolitics
4 Jan 2022 • 8:47 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Segamat : Banjir di Segamat pada tahun ini telah menjadikannya daerah di Johor yang paling terjejas akibat bencana itu. Keadaan itu mengundang Perdana Menteri Dato’ Ismail Sabri sendiri turun bagi mengunjungi kawasan banjir tersebut.

Semasa di sana, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah memberi penerangan kepada perdana menteri bahawa ‘ban’ baru perlu dibina supaya paras apungan air boleh dinaikkan. Untuk keperluan itu, kerajaan pusat telah meluluskan kos sebanyak RM5 juta bagi pembinaan ‘ban’ bagi mengurangkan risiko banjir pada masa hadapan.

image is not availableJelas Dato’ Ismail Sabri, “Untuk penyelesaian jangka panjang, kita akan membuat perancangan supaya walaupun belanjanya besar tetapi kita mesti menyelesaikan isu berkaitan banjir ini secara menyeluruh. Fokus kita adalah di kawasan kawasan yang mudah berisiko tinggi untuk banjir contohnya di Johor ini Segamat akan banjir dulu jadi kita selesaikan di Segamat dulu. Begitu juga di negeri-negeri lain.”

Penduduk Segamat menyambut baik rancangan kerajaan pusat dan berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan segera.

– UmmahToday

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved