“Berat Semacam..” – Keluarga Gelak Sakan, Pengantin Baru Ini Tak Sangka Dapat Hadiah ‘Istimewa’

Entertainment
26 Jan 2022 • 2:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan untuk para pengantin baru menerima hadiah daripada tetamu sempena hari bahagia mereka.

Dan barang-barang seperti barangan elektronik, hiasan dan pinggan mangkuk sememangnya sinonim apabila pasangan pengantin membuka hadiah yang diterima mereka.

Tular di media sosial TikTok apabila pasangan pengantin ini telah menerima hadiah yang ‘luar biasa’ berat, tidak seperti kebiasaan.

 

Dalam video tersebut, kelihatan tiga orang dipercayai sepupu pengantin tiba-tiba sahaja membawa masuk hadiah yang ‘berat’ itu.

Pasangan tersebut bersama ahli keluarga yang lain kelihatan terpinga-pinga dan segera ‘unboxing’ hadiah berkenaan bagi mengetahui apakah yang terkandung di dalamnnya.

image is not available

Sumber : TikTok 

Rupa-rupanya, hadiah ‘berat’ tersebut adalah tong gas untuk kegunaan memasak di dapur. Meninjau ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan perkongsian tersebut malah ada yang meneka hadiah itu adalah ‘badan manusia’ dibalut sebagai hadiah.

Anda ada pengalaman terima hadiah yang ‘pelik’ dan luar daripada kebiasaan? Kongsikan kepada kami di ruangan komen!

image is not available 5 jam lalu

"Siap Ada Car Wash.." - Tak Simpan Duit Derma, Netizen Puji Masjid Ini Padat Dengan Fasiliti

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved