(Video) Budak Rohingya Viral Gelak Sakan Kira Duit Kutipan Tepi Jalan

Entertainment
5 Jan 2022 • 12:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini viral video memaparkan aksi kanak-kanak Rohingya meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat. Kanak-kanak itu dikatakan memaksa sehingga memaki hamun sesiapa yang tidak memberikan mereka wang.

Keadaan itu sudah tentu menimbulkan rasa kurang selesa penduduk tempatan di mana mereka berasa takut apabila berdepan situasi sebegitu.

Mereka bimbang jika golongan ini bertindak agresif melampaui batas.

Terbaru, viral pula video memaparkan kanak-kanak itu gelak sakan ketika mengira wang kutipan di tepi jalan. Ketika itu, dia bersama seorang kanak-kanak perempuan yang lain.

Tidak seperti video sebelum, kanak-kanak itu dilihat ceria bergurau senda sambil ketawa. Di ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi melihat telatahnya itu.

Rata-rata berpendapat golongan ini tidak boleh diberi muka. Dengan hanya meminta sedekah, mereka memperoleh pendapatan lumayan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Namun, ada juga yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak Rohingya itu yang terabai dan terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup. Warganet menggesa pihak berwajib bertindak dengan segera untuk kebaikan semua.

Kredit: TikTok @arshad.khan90074

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.