Setuju Umrah Ditangguhkan, Tapi Perjalanan Ke UK Juga Perlu Disekat – Netizen

3 Jan 2022 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan ada yang menyifatkan sebagai double standard.

Ia akan mula berkuatkuasa pada 8 Januari ini atas sebab kes Omicron dikalangan jemaah yang menunaikan umrah kian meningkat.

Hal ini telah menjadi topik utama sejak diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan lagi menaikkan ‘kemarahan’ orang ramai apabila tindakan kerajaan yang masih membenarkan perjalanan ke negara lain seperti United Kingdom dimana negara itu mempunyai kes COVID-19 tertinggi akibat penularan varian Omicron.

Dalam pada itu, pembaca berita Izwan Azir Saleh turut memberi pandangannya mengenai hal ini, beliau bersetuju sekatan menunaikan umrah dilakukan akan tetapi percutian yang lain seperti ke UK juga perlu ditangguh memandangkan peningkatan kes COVID-19.

Pandangnnya itu dipersetujui ramai pihak yang turut berpendapat kerajaan wajib mengetatkan perjalanan ke mana-mana negara, bukan sahaja ke tanah suci.

image is not available

Sumber : Twitter 

Bagaimanapun, Khairy ada memaklumkan di Twitternya penangguhan umrah ini dilaksanakan berdasarkan kes Omicron baharu kebanyakkannya datang dari jemaah umrah.

image is not available 6 hari lalu

Lebih 5 Jam Terkandas Di KLIA, 500 Jemaah Umrah Mengamuk