“Umrah takleh, travel negara lain boleh?” – Netizen Cadang Travel ke UK Juga Patut Ditangguhkan

3 Jan 2022 • 2:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini berikutan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.

Pengumuman ini sekaligus mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya netizen yang mempersoalkan beberapa perkara.

 

Setuju umrah ditangguhkan tapi sekat perjalanan ke UK juga

Antara yang menjadi perbualan netizen ialah tindakan kerajaan yang masih membenarkan perjalanan ke negara seperti United Kingdom (UK) meskipun negara tersebut mempunyai kes COVID 19 yang tinggi gara-gara penularan varian Omicron.

Menerusi perkongsian bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh di Twitter, dia bersetuju umrah ditangguhkan dalam situasi ini namun percutian ‘suka suki’ ke negara seperti UK juga patut ditangguhkan memandang situasi COVID 19 makin memburuk.

 

Pandangannya juga dipersetujui ramai netizen yang merasakan kerajaan patut mengetatkan perjalanan ke mana-mana negara yang kini dilanda Omicron.

image is not available

Dalam pada itu, semua industri yang terlibat dengan perkhidmatan umrah juga akan dijangka menanggung kerugian sebanyak RM60 juta dalam tempoh sebulan ini, lapor Harian Metro.

Pun begitu, Khairy Jamaluddin menerusi tweetnya berkata, penangguhan umrah ini juga dibuat berdasarkan 78% presumptive Omicron baharu yang mana kebanyakannya datang dari jemaah umrah.

image is not available

Lebih mengerikan apabila dia juga memaklumkan kemungkinan besar gelombang Omicron juga akan bermula di Malaysia tidak lama lagi.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga dunia ini cepat pulih. 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.