“Tanggal je terus terkoyak” – Pengguna RFID Mengeluh Pasal Kualiti Pelekat?

Entertainment
19 Jan 2022 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini kecoh apabila lebuh raya menjadi sesak gara-gara pengguna terpaksa kena undur sebab banyak lorong tol kini bertukar kepada Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), ada juga netizen kongsikan foto dimana banyak kereta menyalakan lampu reverse di sesebuah kawasan tol.

Isu RFID ini kemudiannya berlarutan sehingga hari ini, ia menjadi topik netizen di media sosial, ramai juga yang mengeluh, malah ada pengguna mempersoalkan kualiti pada pelekatnya.

 

Beli sampai 3 kali, selalu kena undur bila masuk lorong sebab….

image is not available

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Mohd Azrie Mat Nor menerusi Facebook menyatakan bahawa dia sudah 3 kali membeli pelekat RFID itu.

Katanya, masa kali pertama beli, dia menampalnya di lampu, tetapi ketika ingin cuba lalu di lorong RFID, ada kalanya jadi susah nak kesan.

“Bila nak ubah kedudukan, pelekat RFID ni dah tak boleh, tanggal je terus terkoyak, macam roadtax.”

image is not available

Kali kedua dia beli, dia cuba ubah kedudukan pelekat di cermin kereta, namun hasilnya sama sahaja, ada yang boleh detect dan ada yang tak boleh detect, kata Mohd Azri, masalah itu menyebabkan dia terpaksa undur banyak kali dan menyebabkan laluan jadi sesak.

 

Basuh kereta, pelekat jadi susah nak detect

Dia juga ada ceritakan pengalaman menggunakan RFID selepas membasuh kereta, katanya, pelekat itu jadi terkopek sikit dan jadi susah nak digunakan, maka Mohd Azri terpaksa beli baru untuk kali ketiga.

“Manja betul stiker ni. Beli kali ketiga ni tak pasang lagi..tak tau dah nak pasang kat mana.. Jika di bandingkan dengan SMART TAG..rasanya lebih ekonomi ( beli sejak 10 tahun lepas) dan jarang la tak lepas lane dan detect bila kelajuan dalam 20-30km sejam melalui tol tanpa perlu berhenti..”

KITA BUKAN MENOLAK PERUBAHAN abang dah 3x beli RFID ni..kali pertama beli tampal di lampu ( option yang ada kene…

Posted by Mohd Azrie Mat Nor on Sunday, January 16, 2022

Disebabkan itu, Mohd Azri telah membandingkan penggunakan RFID ini dengan Smart Tag yang jauh lebih baik.

Menurutnya, Smart Tag boleh mengesan dengan pantas dan sekurang-kurangnya, ada alternatif lain Touch N Go, jika ada masalah dan tak perlu diundur.

Bagaimanapun, Mohd Azri menegaskan bahawa luahan ini bukanlah mahu mengkritik ia hanya mahu memberikan pendapatnya sebagai seorang pengguna sahaja.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.