Perkhidmatan Perbankan Maybank Tidak Boleh Diakses Buat Masa Ini – Termasuk Maybank2U, ATM Dan Kad Debit

TechnologyDigital
17 Jan 2022 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank, bank tempatan tersebut baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa sejumlah besar perkhidmatan perbankan mereka tidak boleh diakses untuk masa ini.

Ia termasuklah perkhidmatan Maybank2U, aplikasi perbankan mudah-alih mereka, perkhidmatan ATM, mesin layan-diri, perbankan dari cawangan bank, dan juga debit kad.

Pihak Maybank berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk memperbaiki masalah ini secepat yang mungkin, tetapi tidak mengumumkan bilakah perkhidmatan mereka akan kembali pulih.