
BELURAN: Paras air meningkat di 11 sungai di dalam sekitar kawasan Tagas-tagas, Paitan & Telupid menurut laporan jam 8.00 malam ini menerusi bilik gerakan Ibupejabat Polis Daerah Beluran.
Terdapat 4 lokasi di laporkan di kawasan Tagas-tagas, 5 lokasi di kawasan Paitan dan 2 lokasi di kawasan Telupid. Keadaan ini menyebabkan 3 jalan utama perhubungan telah dinaiki air.
Antara jalan yang dinaiki air adalah Jalan Utama Kg Pinangkau, Jalan Utama Kg Sokoon, Jalan Utama Estate Meridian Kg Tangkarason namun masih bole di lalui oleh kenderaan. Selain itu terdapat 3 jalan kampung turut dinaiki air namun masih dapat dilalui iaitu Jalan Kg Sualok, Kg Berayung, Kg Kiabau.
Jalan utama Kg Batangon Darat telah dinaiki air dan tidak dapat di lalui oleh kenderaan. Keadaan ini mengakibatkan 4 buah kampung iaitu Kg Batangon Laut, Kg Bina Baru @ Sulit, Kg Tg Nipis 1&2, Kg Kabuluh. Selain itu beberapa jalan kampung turut terjejas dan tidak dapat di lalui iaitu Jalan ke Balai Tagas-tagas, Jalan Pamol dan Jalan Kg Perancangan.
Terdapat 19 buah kampung yang terputus hubungan iaitu 6 buah kampung di Telupid iaitu Kg. Perancangan, Kg Toniting, Kg Gana Jati, Kg Terasak, Kg Biru-biru dan Kg Berayung. 10 buah kampung melibatkan kawasan Tagas-tagas iaitu Kg Talongan, Kg Bayok, Kg Klagan, Kg Lumatik, Kg Pisang, Kg Kamansi, Kg Bambangan, Kg Sualok, Kg Rungus dan Kg Cenderamata. Bagi kawasan Paitan pula terdapat 3 buah kampung iaitu Kg Batangon Laut, Kg Batangon Darat dan Kg Puru Batu.
Setakat ini sebanyak 5 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah di buka iaitu: SMK Pamol menempatkan 3 keluarga dan seramai 13 orang mangsa, Dewan Kg Binsulung menempatkan 6 keluarga dan seramai 25 orang mangsa, Dewan Kg Balaban menempatkan 9 keluarga dan seramai 37 orang mangsa, Dewan Bakong-bakong menempatkan 1 keluarga dan seramai 5 orang mangsa serta Dewan Rancangan Nangoh menempatkan 3 keluarga dan seramai 21 orang mangsa.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, memaklumkan terdapat 20 buah kampung yang di kategorikan sebagai Hotspot Banjir berdasarkan rekod kejadian banjir sebelum ini. Situasi semasa hujan yang berlaku di semua kawasan mengakibatkan kemungkinan paras air akan meningkat dan risiko banjir kilat, menasihatkan kepada penduduk agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menyimpan dokumen-dokumen penting dalam keadaan selamat dan mudah dibawa.
Setakat ini seramai 60 orang telah di tugaskan untuk mengawal selia keadaan semasa berkaita dengan bencana alam banjir ini melibatkan PDRM, APM, JBPM (BOMBA), Pejabat Daerah Beluran, Telupid dan Paitan.
Kasim Berkata, JPKK setiap kampung dinasihatkan agar memantau keadaan semasa dan memaklumkan Bilik Gerakan PKOB Paitan/Beluran/Telupid atau talian MERS 999 sekiranya paras air meningkat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

