
Jika anda gemar menonton filem di pawagam, pastinya sudah sedia maklum mengenai larangan merakam atau mengambil foto sebarang filem yang sedang ditayangkan.
Fesyen Ameera Khan Menarik Perhatian Netizen, But Bulu Disamakan Dengan Karpet Nilai 3
Namun masih ada yang berdegil nampaknya apabila tular imej tangkap layar adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan yang memuat naik sedutan filem House Of Gucci di pawagam.

Sumber : Twitter
Menerusi sedutan yang dimuat naik di Twitter itu, ramai netizen meluahkan rasa berang dengan sikap Ameera memandangkan perkara itu dilarang sama sekali untuk dilakukan, tidak kira siapa pun.
Selepas twit itu menjadi tular, akaun rasmi panggung wayang tersebut iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) tampil memberi respon.

Sumber : Twitter GSC
Merakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius dan telah menghubungi serta melaporkan insiden ini kepada pemilih hak untuk tindakan lanjut.
Tambah GSC lagi, United International Picture sudah ambil maklum mengenai perkara tersebut dan akan mengambil tindakan lanjut.
Meninjau ruangan komen, ada netizen yang memberikan pendapat dan buah fikiran kepada pengusaha panggung wayang agar dapat mengelakkan perkara seperti itu terjadi lagi di masa hadapan.
“Saya ingat di Korea Selatan, seorang selebriti disaman selepas merakamkan sebuah babak dan kongsikan babak berkenaan di sosial media. Lakukan hal yang sama.” cadang seorang netizen.
Terdahulu, kakak kepada Ameera iaitu Neelofa pernah terpalit isu yang sama selepas dia berkongsi babak daripada filem The Lion King, tidak lama dahulu.
The post Rakam Video Dalam Pawagam, Ameera Khan Jadi Bahan Kutukan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


