
Banyak rupanya kebaikan strawberi untuk kecantikan kulit. Patutlah banyak produk-produk kecantikan kulit yang menggunakan strawberi sebagai salah satu bahan asas.
Selain enak dimakan segar ataupun bersama chocolate dip, buah strawberi juga sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan.
Dengan kandungan sifat antioksidan serta yang vitamin C tinggi, strawberi juga dipenuhi dengan pelbagai nutrisi penting yang baik untuk kesihatan tubuh badan seperti vitamin B6, vitamin E, vitamin K, kalsium, magnesium dan sebagainya.
Pada artikel kali ini, kita akan membincangkan dengan lebih spesifik mengenai beberapa kebaikan strawberi khususnya untuk kesihatan kulit.

1. Anti Penuaan
Selain cranberi, raspberi dan anggur, strawberi juga adalah merupakan salah satu buah-buahan yang mempunyai kandungan asid ellagic dan vitamin C yang tinggi.
Asid ellagic bertindak sebagai antioksidan yang bagus dan mampu mengurangkan tahap keradangan serta berupaya menghalang pemusnahan kolagen yang merupakan antara punca utama kedutan pada wajah.
Manakala, vitamin C pula berupaya mendorong pengeluaran kolagen dan menebalkan lapisan dermis pada kulit. Kedua-dua fungsi ini bagus untuk mengurangkan garis-garis kedutan halus yang terdapat pada kulit wajah akibat proses penuaan.
2. Mengurangkan Masalah Jerawat
Masalah jerawat mungkin boleh menjadi mimpi ngeri buat sesetengah pihak. Malah ada yang sangup berbelanja dengan kos yang tinggi untuk mengurangkan atau mencegah masalah jerawat.
Secara umumnya, jerawat adalah keadaan di mana pori-pori kulit anda tersumbat disebabkan pengumpulan sebum (minyak), bakteria ataupun sel-sel kulit mati. Meskipun kebiasaanya tidak memudaratkan, kulit muka yang mempunyai banyak jerawat sangat tidak digemari ramai terutamanya wanita.
Tahukah anda, strawberi boleh dimanfaatkan sebagai salah satu agen mencegah jerawat?
Ya benar, sifat asid yang terkandung di dalam strawberi mampu untuk menghilangkan lebihan sebum pada permukaan kulit dan membantu mengekalkan kulit yang bersih. Maka tidak hairanlah jika banyak produk pencuci yang menggunakan strawberi sebagai salah satu bahan utama.
Berikut adalah resepi masker berasaskan strawberi yang boleh anda cuba:
- Lenyek 5-6 biji buah strawberi di dalam mangkuk.
- Masukkan 1 sudu besar madu, 1 sudu besar jus lemon segar, dan 1 sudu besaar gula perang.
- Seterusnya, masukkan juga 1 sudu kecil air jus lemon segar.
- Kemudian, campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati supaya menjadi seakaan-akan seperti pes.
- Sapukan masker pada muka selama 10 minit.
- Basuh dan bilas muka dengan air suam.
3. Melindungi Kulit dari Sinaran UV
Selain bagus untuk mencegah jerawat, strawberi juga dikatakan mampu untuk melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (UV).
Menurut kajian, ekstrak strawberi yang ditambahkan pada kultur sel kulit boleh bertindak sebagai pelindung terhadap sinaran UV serta meningkatkan daya majunya dan mengurangkan kerosakan DNA (Sumber).
4. Mengurangkan Masalah Kulit Berminyak
Seperti yang telah dibincangkan, strawberi mempunyai sifat berasid yang boleh menghilangkan lebihan sebum pada permukaan kulit. Pengumpulan terlalu banyak sebum inilah yang boleh menyebabkan kulit berminyak.
Dengan kebaikan strawberi yang bersifat berasid, lebihan-lebihan sebum ini boleh diredakan dan seterusnya mengurangkan masalah kulit berminyak.
5. Mencegah Kulit Kering
Kandungan vitamin C di dalam strawberi bagus untuk menggalakkan penghasilan kolagen untuk penyembuhan sel-sel kulit yang rosak.
Anda boleh mengamalkan masker yang diperbuat daripada strawberi, krim susu, dan madu untuk mencegah masalah kulit kering.
Cara-caranya mudah sahaja:
- Lenyek 2 atau 3 biji buah strawberi di dalam mangkuk.
- Masukkan 1 sudu besar krim susu.
- Masukkan 1 sudu besar madu.
- Kemudian, campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati supaya menjadi seakaan-akan seperti pes.
- Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama sekurang-kurangnya 5 minit. Kemudian cuci bersih dengan air suam
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

