“Jangan Bagi Muka” – (VIDEO) Kanak-Kanak Rohingya Viral Seronok Kira Duit Kutipan, Bergelak Ketawa

5 Jan 2022 • 5:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak dipercayai warga Rohingya berkelakuan kasar dan kurang ajar ketika meminta sedekah kepada pengguna jalan raya.

Rakaman tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen malah kanak-kanak lelaki itu turut digelar ‘Long Tiger Junior’ gara-gara aksinya ala gangster tersebut.

image is not available 3 hari lalu

Budak Rohingya Dianggap 'Kurang Ajar', Gertak Pemandu Supaya Bagi Duit

Selepas video tersebut tular, ramai yang mendedahkan mereka pernah berjumpa dengan kanak-kanak yang sama meminta sedekah dan berkata dia memang agak biadap.

Kini muncul pula sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan kanak-kanak yang sama sedang seronok di tepi jalan sambil mengira duit hasil pemberian orang ramai.

Bersama dengan seorang kanak-kanak perempuan, dia dilihat bergurau senda dan bergelak ketawa tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada segelintir yang bersimpati dengan kanak-kanak itu kerana diajar menjadi peminta sedekah sedari kecil.

Sesetengah pula berharap agar ada pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka kerana sudah keterlaluan sehingga memaksa orang awam memberikan wang.

Jangan beri (duit) pada dorang ni. Kalau betul nak sedekah, masukkan ke dalam tabung masjid.”

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved