Samsung Galaxy S22 Mungkin Ditawarkan Juga Dalam Edisi Bespoke

TechnologyDigital
21 Jan 2022 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bespoke ialah tahap tertinggi produk mewah yang dijual di pasaran kerana setiap peranti dihasilkan mengikut spesifikasi yang dipilih oleh pengguna. Samsung ada menawarkan Samsung Galaxy Z Flip3 dan peti sejuk dalam edisi Bespoke sebelum ini dengan pelbagai pilihan warna. Kini menurut laporan Sammobile, Samsung Galaxy S22 juga mungkin ditawarkan dalam edisi Bespoke.

image is not available

Samsung dipercayai anak menawarkan lima panel belakang berlainan warna dengan bingkai pula ditawarkan dalam dua pilihan warna memberikan 10 kombinasi berbeza untuk Galaxy S22 kelak. Ini adalah lebih rendah berbanding 49 kombinasi yang boleh dipilih pembeli Z Flip3 edisi Bespoke. Sungguhpun begitu pada waktu ini ia masih sekadar ura-ura. Samsung hanya menawarkan edisi Bespoke pada pasaran tertentu sahaja seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat pada waktu ini.