
Walaupun mudah, online shopping ni banyak risikonya seperti barang yang dipesan tu rosak bila sampai dan seller yang sebenarnya adalah scammer. Sebab itulah penting untuk kita baca betul-betul dulu review sesuatu item itu sebelum nak beli untuk elakkan perkara-perkara macam ni terjadi. Kalau murah takpe lagi, buatnya barang tu harga ribu-ribu…

Bercakap mengenai pembelian barangan secara online, seorang wanita ada berkongsi kisah malangnya semasa menerima barang yang dibelinya secara dalam talian selepas tertipu dengan gambar yang digunakan oleh sebuah laman web.
Menerusi laman sosial TikTok, wanita bernama Mariam ini berkongsi bagaimana dia rasa sangat gembira bila terjumpa sebuah sofa baldu berwarna biru yang kelihatan mewah. Tak cukup dengan itu, perabot terbabit juga ada free shipping.

Terpedaya dengan gambar yang indah itu, Mariam difahamkan telah membeli perabot terbabit. Meskipun dia tak dedahkan berapa banyak dia spend untuk sofa berkenaan, wanita itu hanya berkata harganya bukanlah murah.
Walau bagaimanapun, apabila sofa terbabit tiba, Mariam hanya mampu ketawa saja sebab saiz perabot tu memang sah bukan dibuat untuk manusia sebab memang cinonet je!

“Sebab nilah saya tak boleh beli barang. Pengajarannya, pastikan item yang korang order boleh dipulangkan semula,” tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Mariam itu sudah mendapat lebih 700,000 tontonan.
Rata-rata komen daripada netizen mengatakan apa yang terjadi pada Mariam adalah sebab kenapa mereka tak percaya pembelian barangan secara online. Ada juga yang sempat memberi pesanan supaya Mariam baca review dahulu lain kali jika mahu membeli barangan online.
Sumber: Mirror

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
