Tular Video Rumah Rosak, Pokok Tumbang Akibat Puting Beliung Di Taman Tasek, Ipoh

30 Jan 2022 • 10:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa buah rumah di sekitar bandar raya Ipoh terutamanya di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas dilaporkan rosak teruk akibat kejadian ribut dan puting beliung pada lewat petang tadi, lapor Astro Awani.

Video kejadian puting beliung dan ribut tersebut turut tular di media sosial di mana ia turut menyaksikan beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah yang berhampiran.

Namun sehingga jam lapan malam tadi, belum dapat dipastikan jumlah kediaman serta harta benda yang terlibat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan bahawa pihak mereka menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di sekitar Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas pada 6.40 petang.

 

image is not available

Sumber : Twitter  

 

Ujarnya, setibanya pihak bomba dan juga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh ke kawasan tersebut, terdapat beberapa pokok tumbang dan rumah telah mengalami kerosakan.

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pemantauan dari pihak bomba terus dilaksanakan bagi memastikan pokok tumbang dibersihkan daripada menghalang sebarang lalu lintas orang awam.

image is not available 3 hari lalu

Bomba Cari Nelayan Hilang 3 Hari, Rupa-Rupanya Pergi Rumah ‘Cousin’

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved