[VIDEO] Sebak! Lelaki Ini Diberhentikan Kerja Sebab Majikan Tak Percaya Rumah Terkesan Banjir

Entertainment
13 Jan 2022 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ekoran bencana banjir yang mengejutkan negara kita baru-baru ini, sudah pastinya ramai yang terkesan serta mengalami kerugian besar akibat harta benda yang ditenggelami air.

Kerugian yang dialami itu pastinya memakan kos yang tinggi untuk membaiki atau membeli barang baharu kerana pastinya barangan yang terjejas termasuk perkakas elektrik

Seperti satu perkongsian daripada akaun TikTok sebuah badan bukan kerajaan (NGO), @MyFundAction ini, satu wawancara bersama salah seorang mangsa bencana alam tersebut telah membuat ramai sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Dengan kapsyen “stay strong our pejuang nafkah”, kisah mangsa banjir ini menjadi perhatian disebabkan sikapnya yang sabar walaupun ditimpa dugaan demi dugaan.

“Tak tau lah macam mana nak mengadu…”

Bapa dua orang anak (seorang darjah 5 & seorang darjah 2) ini menceritakan kepada wakil NGO berkenaan tentang keadaannya yang terpaksa menunggu bantuan persekolahan yang diberi kepada mangsa-mangsa banjir. Hal ini kerana dia bukan sahaja terjejas dengan bencana yang berlaku, tetapi dia juga hilang mata pencarian akibat majikannya tidak percaya akan situasi yang menimpa dirinya itu.

Katanya, gambar banjir dan Whatsapp ketika banjir telah pun diberi kepada majikannya tetapi masih juga tidak dipercayai. Malah, disebabkan itulah dia diberhentikan kerja.

Namun, apa yang mengharukan dia masih lagi mampu tersenyum dan apa keluar dari mulutnya berkali-kali perkataan sabar.

Di ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa bapa ini. Kebanyakan mereka menyarankan agar dia membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab atas sikap majikannya yang boleh dikatakan seperti menganiaya pekerja.

image is not available

Di samping itu, ada juga yang menawarkannya pekerjaan lain bagi menyara keluarganya serta menampung kos perbelanjaan pasca banjir dan persekolahan anak-anaknya.

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan bapa ini serta semua mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir yang berlaku.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.