Guru madrasah cetus kluster di Putatan

21 Jan 2022 • 6:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan satu lagi kluster iaitu Kluster Pandan Pandan di Putatan, pada Khamis.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia berlaku di Madrasah Darul Hadis Sabah yang terletak di Kg Pandan Pandan, Mukim Pasir Putih, Daerah Putatan.

“Kes indeks adalah lelaki tempatan berusia 53 tahun yang merupakan guru madrasah. Dia mula bergejala demam, batuk, selsema dan sakit badan pada 17 Januari 2022. Kes indeks yang melakukan saringan pada hari yang sama didapati positif RT-PCR dan dikuarantin serta diberikan rawatan lanjut.

“Saringan terhadap kontak rapat mendapati 15 orang disahkan positif. Mereka terdiri daripada keluarga kes indeks, kakitangan dan pelajar, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes termasuk 14 kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Masidi menambah, semua kes positif telah dikuarantin dan menerima rawatan yang sesuai.

Sementara itu, 86 kes baharu dari empat kluster di Sabah menyebabkan kes harian melambung kepada 256 kes pada Khamis.

Jumlah kes di Kinabatangan melonjak tinggi kepada 55 kes pada Khamis dari hanya satu kes Rabu lalu kerana penambahan 54 kes baharu daripada Kluster Sungai Trayon. Jumlah kes di Putatan pula melonjak kepada 21 (+16) dan Ranau 12 (+6).

“Penstabilan Kluster Jalan Pertukangan Sandakan pula mengurangkan kes harian di daerah itu dari 74 kes semalam (Rabu) kepada 12 kes (-62) sahaja hari ini (Khamis),” katanya sebelum menambah, jumlah kanak-kanak bawah umur 12 tahun positif Covid-19 yang dicatat pada Khamis agak tinggi iaitu 38 orang atau hampir 15 peratus dari jumlah kes keseluruhan.

Dari 256 kes baharu pada Khamis, 252 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3 dan seorang dalam Kategori 5.

Dua kes kematian dilaporkan pada Khamis iaitu satu kes di daerah Beaufort dan satu lagi kes di Lahad Datu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.