“Kak Boleh Diam Dulu Tak?” – Wanita Kena Marah Dengan MUA Sebab Mulut Tak Berhenti ‘Potpet’

4 Jan 2022 • 6:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjadi seorang jurusolek sudah semestinya mereka ada cabaran yang tersendiri termasuklah melayan bermacam jenis ragam pelanggan yang perlu ditata rias.

Seperti seorang jurusolek atau lebih glamor dipanggil MUA dari Indonesia ini yang terpaksa ‘sound’ pelanggannya. Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi sebuah video di TikTok menunjukkan detik ketika dia dimarahi MUA tersebut.

Menerusi entri itu, dia bertanya pendapat warganet adakah dia yang perlu dipersalahkan atau pun MUA lelaki terbabit yang memarahinya. Difahamkan, dia dilihat bercakap dan bersembang dengan orang lain ketika MUA itu mahu memakaikan lip liner di bibirnya.

Berdasarkan video itu, MUA berkenaan dilihat sudah beberapa kali memintanya untuk berhenti bercakap sebentar sementara lip liner itu selesai dipakaikan.

Tidak berdiam diri, wanita bernama Mita itu kemudian memarahi MUA tersebut dan mempersoalkan skill dan tahap profesional yang sepatutnya boleh sempurnakan solekan walaupun pelanggan tidak duduk diam.

Rata-rata netizen berpihak kepada MUA tersebut dan menegur wanita itu kerana meremehkan kerja serta tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.

image is not available 19 jam lalu

“Sempat Kau Mekap Kak!” – Video Mak Buyung Ketip Bulu Mata Sambil Layan ‘Contraction’ Curi Perhatian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved