Dua Ginjal Khinizir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Tubuh Manusia

WorldTechnologyDigitalSpace
22 Jan 2022 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sains xenotransplan maju dua tapak dalam masa enam bulan degan kejayaan memindahkan ginjal dan jantung khinzir ke tubuh penerima manusia. Teknik menggantikan organ manusia dengan khinzir dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan organ sehingga ada pesakit yang meninggal dunia sebelum organ yang sesuai ditemui. Di Alabama, Jim Parsons menjadi manusia pertama menerima dua ginjal khinzir secara serentak.

Pemindahan organ dilakukan September tahun lalu ke atas Parsons yang disahkan mati otak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal. Ahli keluarga beliau membenarkan doktor dari University of Alabama untuk menggantikan dua ginjal beliau dengan ginjal khinzir yang telah diubah genetiknya supaya boleh digunakan oleh manusia.

image is not available

Organ disambungkan ke dalam tubuh Parsons sama seperti pemindahan ginjal manusia sebenar dan ia befungsi secara normal selama 77 jam. Darah dibersihkan dan tubuh menghasilkan air kencing seperti normal. Penerima hanya diberikan ubat anti penolakan organ mengikut prosedur pemindahan organ standard. Selepas tempoh tersebut ginjal ditanggalkan semula dan Parsons meninggal dunia.

image is not available

Dengan kejayaan ini, impian menggunakan organ khinzir sebagai ganti organ manusia yang memerlukan semakin hampir menjadi realiti.

Kajian telah diterbitkan di American Journal of Transplant