Pembedahan Ganti Organ Manusia Dengan Jantung Khinzir Disahkan Berjaya Selepas Lelaki Ini Stabil 3 Hari

Entertainment
11 Jan 2022 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemindahan organ adalah satu pembedahan yang dianggap normal sejak dulu lagi. Tapi satu pembedahan organ haiwan ke tubuh manusia yang masih hidup pasti buat semua rasa pelik. Kebanyakan korang akan timbul rasa tak percaya tentang berita sebegini kan?

Pembedahan sulung xenotransplan merupakan satu pemindahan organ pertama di dunia yang melibatkan organ haiwan dengan organ manusia. Ia telah berjaya dilakukan oleh doktor dari Universiti of Maryland Medical Center, Amerika Syarikat. Pemindahan jantung khinzir yang telah diubah genetiknya didakwa amat sesuai digunakan oleh manusia. Lalu, ia dipindahkan ke tubuh David Bennet, seorang lelaki warga tempatan yang berusia 57 tahun.

Bennet yang memerlukan pemindahan organ jantung untuk terus hidup dikatakan gagal mendapatkan organ manusia. Oleh sebab tiada pilihan lain, pembedahan xenotransplan ini dilakukan ke atas beliau.

Setelah tiga hari selepas pembedahan xenotransplan pertama dunia itu, Bennet dikatakan masih lagi hidup dan sihat. Sejak tahun 2017 lagi, saintis daripada beberapa universiti telah pun memulakan kajian menggunakan kajian menggunakan organ khinzir sebagai ganti kepada organ manusia.

Menurut saintis tersebut, organ khinzir dipilih kerana saiznya yang sama dengan organ manusia dan ia hanya boleh diambil selepas khinzir itu dibesarkan selama enam bulan sahaja. Tempoh tersebut dikatakan lebih pendek berbanding mencari organ yang sesuai.

Pada bulan Oktokber 2021, ginjal khinzir berjaya dipindahkan ke tubuh seorang pesakit yang disahkan mengalami kematian otak. Selepas 54 jam, ginjal itu ditanggalkan namun menunjukkan ia berjaya mengembalikan fungsi renal kepada pesakit tersebut.

Doktor akan membuat pemantauan terhadap David Bennet selepas ini bagi melihat sejauh mana kesesuaian organ khinzir itu dengan tubuhnya.

Macam-macam lah eksperimen zaman sekarang ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.