Penerima PPRT di Tebobon lega bebanan bayar sewa berakhir

10 Jan 2022 • 2:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kg Tebobon, dekat sini, tidak menyangka impiannya untuk memiliki rumah sendiri tercapai apabila permohonannya untuk bantuan itu diluluskan hujung tahun lepas.

Jumaani Madin berkata, dengan bantuan itu, bebanan menyewa selama beberapa tahun akhirnya selesai apabila mendapat sebuah rumah yang sangat selesa.

Dia menyifatkannya sebagai hadiah tahun baharu 2022 kepada keluarganya berikutan selama ini terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menyewa rumah sebagai tempat berlindung.

“Rasa bebanan menyewa selama ini hilang…Selepas ini boleh fokus kepada keperluan keluarga terutama menjelang musim persekolahan anak-anak.

“Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada semua yang membantu terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai, Datuk Yakub Khan,” katanya.

Jumaani berkata, dia juga berterima kasih kepada Ketua Kampung serta pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang bertungkus lumus memastikan mereka sekeluarga dapat menikmati rumah yang sangat selesa.

Sementara itu, Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pihaknya akan mengenal pasti mana-mana penerima PPRT yang layak.

“Ini adalah merupakan sasaran utama kita di Dun Karambunai untuk membolehkan lebih ramai rakyat mendapat rumah yang selesa untuk jangka masa panjang.

“Fokus kita adalah untuk menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan termiskin yang masih belum mempunyai rumah. Selain itu kita, juga mengambil kira mereka yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka,” katanya.

Yakub berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan lebih ramai mendapat manfaat bantuan PPRT pada masa akan datang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article