Netizen Terhibur Tengok 3 Bulus Jadikan Pengisar ‘Tebusan’, Dah Sebulan Beli Tapi Tuan Tak Dapat ‘Unboxing’

Entertainment
16 Jan 2022 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang bela anak bulus mesti dah sedia maklum dengan perangai diorang yang berbagai. Kalau korang ada bela bulus kat rumah, cuba cerita sikit apa tabiat diorang ni yang buatkan korang terhibur.

image is not available

Di Kanada, sepasang suami isteri ini juga berdepan detik lucu bersama tiga kucing peliharaan mereka selepas ketiga-tiga anak bulus terbabit bertindak menjadikan kotak pengisar yang baru saja dibeli sebagai ‘tebusan’. Sampai nak unboxing pun tak boleh sebab kucing-kucing ni dah claim!

Memetik laporan Mirror, Jessica dan Nikki Gerson-Neeves telah membeli sebuah pengisar makanan baru pada bulan lalu. Namun begitu, selepas meninggalkan kotak berisi item itu di atas lantai dapur buat seteika, Jessica perasan salah seekor kucing mereka bernama Max, 4, mula menunjukkan minat pada kotak terbabit.

image is not available

Selepas melihat Max duduk di atas kotak terbabit, Jessica pada mulanya merasakan perkara itu comel lalu membiarkan saja sebelum aksi itu turut menarik perhatian dua kucing peliharannya yang lain, George dan Lando Calrissian, 13.

Tak lama lepas tu, George, Lando Calrissian dan Max mula berebut nak duduk atas kotak pengisar tu. Difahamkan, tak sekor pun anak bulus tu yang akan biar kotak tu tak berteman. Mesti ada jelah yang menapak atas tu. Sampai bergaduh tiga ekor tu nak duduk atas tu.

image is not available

Insiden lucu membabitkan tiga ekor kucing itu turut dikongsikan ke laman Facebook dan menarik perhatian ramai. Rata-ratanya terhibur dengan telatah anak bulus terbabit dan tak kurang juga ada yang kesian sebab tuan kucing tu tak dapat guna pengisar baru tu lagi walaupun dah sebulan beli sebab meow asyik berebut nak duduk atas kotak.

image is not available

Perkongsian terbabit turut mendapat perhatian syarikat yang menghasilkan pengisar jenama terbabit yang turut menawarkan mahu menghantar satu lagi kotak pengisar yang sama.

Sumber: Mirror

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.