‘Expert’ Bersihkan Tayar & Rim, Skil Lelaki OKU Penglihatan Buat Ramai Kagum!

Entertainment
26 Jan 2022 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apa perasaan korang kalau nampak orang kelainan upaya (OKU) berusaha dan bersemangat tinggi dalam menjalankan pekerjaan seharian mereka?

Seperti baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang telah mencuri perhatian orang ramai selepas kegigihannya dan juga mutu kerjanya dalam mengilatkan tayar dan rim kereta di Mei Car Wash & Services di Gombak.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut atau nama penuhnya Mohammed Rosli Asamari, 29 tahun yang mempunyai masalah penglihatan telah berkerja di kedai tersebut selama 10 tahun dan servisnya itu sememangnya mendapat pujian orang ramai.

image is not available

Menurut Bernama TV, Rosli yang buta mata kiri sejak lahir dan mata kanannya juga buta sepenuhnya sejak dua tahun lalu tidak menjadi ianya sebagai halangan untuk Rosli terus mencari pendapatan demi kelangsungan hidupnya.

“Memang ambil masa untuk biasakan diri dengan kerja mengilatkan tayar dengan rim… 2-3 tahun juga lah saya belajar…” – Rosli

Ujarnya lagi, dia menggunakan deria sentuhan untuk mencari bahagian tayar dan rim kereta yang perlu dibersihkan. Malah, dia berterima kasih kepada pemilik kedai kerana membenarkan dirinya bekerja di situ.

image is not available

Yang buat orang ramai lebih kagum adalah niat Rosli selepas menerima gaji bulanannya kerana dia memberikan wang tersebut kepada kedua ibu bapanya dengan harapan untuk mengurangkan beban mereka.

Min ikut sama salute dengan effort Rosli! Semoga kisah hidup Rosli menjadi teladan untuk kita semua supaya menjadi orang yang lebih baik, okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.