Pemilik Kedai Haiwan Positif COVID-19, 11 Hamster Dijangkiti Varian Delta & 2,000 Yang Lain Terpaksa Dihapuskan

Entertainment
22 Jan 2022 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak kesihatan Hong Kong terpaksa menghapuskan kira-kira 2,000 ekor hamster daripada sebuah kedai haiwan baru-baru ini.

Ini semua terjadi selepas pemilik kedai haiwan tersebut telah didapati positif wabak Covid-19 varian Delta. Yang lebih mengejutkan adalah 11 ekor hamster milik pengusaha kedai haiwan itu turut didapati positif Covid-19.

Video pihak kesihatan memasuki kedai haiwan peliharaan itu boleh ditonton di bawah.

Arahan penghapusan haiwan itu turut dipanjangkan kepada semua pengunjung premis itu dari tempoh sebelum Hari Krismas lalu sehingga ianya ditutup baru-baru ini. Pihak kesihatan Hong Kong turut memberikan amaran kepada pemilik haiwan untuk tidak ‘mencium atau meninggalkan haiwan di tepi jalan’ bagi mengekalkan usaha Zero Covid yang dijalankan negara itu.

image is not available

Untuk rekod, tiada bukti kukuh yang menunjukan haiwan peliharaan boleh menyebarkan virus Covid-19 kepada manusia, namun pihak kesihatan Hong Kong mengambil langkah berjaga-jaga dan memilih jalan yang lebih selamat.

Penghapusan 2,000 ekor hamster dari kedai haiwan peliharaan itu akan dilakukan dengan penuh sifat kemanusiaan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.