“Memang Sedap Kuah Dia, Pekat” – Tak Perlu Ke Melaka, Ini ‘Port’ Makan Asam Pedas Claypot Untuk Orang KL & Selangor

Food
28 Jan 2022 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Orang kata kalau nak rasa sesuatu makanan tu, lebih sedap dan ‘power’ bila kita pergi ke negeri tempat asalnya makanan tersebut, kan?

Seperti asam pedas, sudah tentu ramai yang teringatkan Melaka jika mahu dapatkan sajian itu. Mesti ada yang sanggup ‘road trip’ ke negeri itu semata-mata untuk makan asam pedas, kan?

Tetapi bagi penduduk di sekitar Lembah Klang, anda tidak perlu pandu sehingga ke Melaka untuk dapatkan asam pedas ‘pure’.

Seorang wanita telah berkongsi di Facebook lokasi sebuah restoran yang menjual asam pedas terletak di Ampang, Selangor.

Rupanya ada asam pedas Melaka yang sedap dekat Ampang ni.”

image is not available

Kata Nabila Ammar, semalam adalah kali pertama dia ke Restoran Asam Pedas Sejati di Kampung Pandan Dalam untuk mencuba asam pedas di sana.

Namun tanpa disangkanya, rasanya memang sedap dan dia berpuas hati dengan kepekatan dan kepedasan kuah asam pedas di situ.

Menerusi gambar dikongsinya, restoran itu menyediakan beberapa jenis ikan segar yang boleh dipilih oleh pelanggan sebelum dimasak bersama kuah asam pedas.

Asam pedas di situ dijual bermula dengan RM8 untuk daging tetel dan ikan pula bermula pada harga RM10 jika anda memilih ikan kembung. Selain itu, ada juga ikan pari, merah serta jenahak dan pelanggan boleh pilih sama ada mahu bahagian ekor, badan atau kepala.

Berpuas hati dengan asam pedas di restoran itu, Nabila memberikan ‘rating’ sebanyak 10/10 bintang dan mencadangkan orang lain untuk pergi mencuba.

Kalau anda penggemar asam pedas, bolehlah ke Restoran Asam Pedas Sejati untuk cuba!

image is not available 2 minggu lalu

"Dah Try Buat, Sedap Sangat" - Viral Resipi Sup Ayam Tanpa 'Sup Bunjut', Ramai Dah Cuba & Suka