Selepas ‘Flat Earth’, Muncul Pula Ideologi Baru Bumi Berbentuk Donut?

Entertainment
11 Jan 2022 • 2:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kecoh dengan ideologi fahaman bumi berbentuk rata. Ramai juga lah yang terpengaruh dengan teori tu. Tetapi sebenarnya kalau korang nak tahu, teori ni ada bermacam-macam.

Kalau korang tengok dekat internet, ada macam-macam teori konspirasi yang pelik dan aneh. Salah satunya, Teori Donut Earth!

Tak macam pengikut ideologi ‘Flat Earth’ yang menganggap bumi sebagai planet yang rata sepenuhnya, golongan pengikut fahaman Donut Earth ini pula berpendapat sebenarnya kita tinggal di planet yang berbentuk donat cincin atau nama saintifiknya torus.

image is not available

Golongan ini percaya bahawa manusia di bumi ini mendiami planet yang mempunyai lubang besar di tengahnya. Dikatakan, teori ini telah mula dikeluarkan oleh seorang pengamal ideologi ‘Flat Earth’, Dr. Rosenpenis dalam sebuah forum pada tahun 2008 yang pada asalnya hanyalah dalam bentuk gurauan.

“Saya menggunakan perisian akademik astrofizikal profesional bagi membina sebuah model Bumi berbentuk donut dengan ruang angkasa yang ‘enak’ dan Bumi yang disaluti dengan ‘gula’,” kata Rosenpenis.

Walau bagaimanapun, gurauan tersebut dikatakan telah berkembang menjadi satu idea yang dipercayai sebilangan pengikut mendakwa manusia tak boleh melihat lubang pada bahagian tengah Bumi disebabkan oleh cahaya membengkok.

Disebabkan itu, seorang lagi pengamal ideologi yang dikenali sebagai Varaug berkata bahawa dia percaya Bumi ini berbentuk seperti donut, tetapi disebabkan oleh cahaya berada dalam bentuk melengkung, keadaan itu sukar dijelaskan.

Yang aneh-aneh teori zaman sekarang ni. Bentuk rata pun dah pelik, apatah lagi bentuk donut..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.