Covid-19 : kanak-kanak usia tujuh hingga sembilan tahun mula terima vaksin di Singapura

7 Jan 2022 • 11:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

SINGAPURA : Pelajar darjah satu hingga tiga, berumur tujuh sampai sembilan tahun, mula menerima suntikan vaksin Covid-19 mereka di Kelab Komuniti Nee Soon.

Menurut Ketua Perkhidmatan Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, lebih satu daripada sepuluh kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah mendapat sekurang-kurangnya suntikan vaksin pertama mereka.

Di pusat vaksinasi kanak-kanak di Singapura, 11.4 peratus kanak-kanak telah mendapat vaksin Covid-19 mereka setakat Isnin lalu.

Vaksinasi untuk kanak-kanak berumur lima hingga sebelas tahun bermula pada 27 Disember, dengan lebih 300,000 kanak-kanak dijangka terlibat secara keseluruhan.

Hanya vaksin Pfizer-BioNTech telah terbukti selamat untuk kanak-kanak di Singapura.

Vaksinasi kanak-kanak disyorkan sebagai sebahagian daripada percubaan bagi memerangi coronavirus, terutamanya apabila varian Omicron semakin menular.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved