Samsung Melancarkan Cip Untuk Kad Pembayaran Fizikal Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

TechnologyDigital
25 Jan 2022 • 5:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kad kredit dan debit yang kita gunakan sekarang mempunyai sokongan pembayaran NFC. Pembayaran boleh dilakukan semudah melakukan sentuhan pada terminal pembayaran di kedai. Tetapi ramai pengguna yang ragu-ragu dengan teknologi payWave kerana sesiapa sahaja yang dapat mengakses kad boleh melakukan pembelian kerana tidak memerlukan pin. Oleh itu Samsung dan MasterCard membangunkan kad kredit dengan pengimbas cap jari terbina tahun lalu.

image is not available

Kini selepas inovasi mereka hampir berusia setahun, Samsung mengumumkan cip baharu S3B512C yang menggabungkan pengimbas cap jari, pemproses keselamatan dan elemen keselamatan dalam satu cip. Ini menurut Samsung akan memudahkan lagi proses menghasilkan kad pembayaran fizikal yang lebih selamat lengkap dengan pengimbas cap jari terbina.

image is not available

Cip melepasi piawaian EMVC), Common Criteria Evaluation Assurance Level (CC EAL) 6+ dan piawaian Biometric Evaluation Plan Summary (BEPS) terkini oleh Mastercard. Walaupun direka untuk digunakan pada kad pembayaran fizikal, cip ini turut boleh digunakan pada kad pelajar dan kakitangan di tempat kerja untuk pengesahan identiti yang lebih ketat.