Berkuatkuasa 24 Januari, Tiada Lagi ‘Large Meals’ Di McD!

Entertainment
25 Jan 2022 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min percaya, memang susah nak tolak kalau ada orang offer McD kat korang kan? Uish, sedap pulak kalau dapat Big Mac ke Ayam Goreng dia ke, yang large size… Memang kenyang!

Walau bagaimanapun, semalam McDonald’s Malaysia telah membuat pengumuman di akaun rasmi Instagram mereka sendiri @mcdonaldsmalaysia, yang mana bermula 24 Januari 2022, premis makanan segera popular itu tidak lagi menyediakan hidangan bersaiz besar.

Pemberitahuan mengejut itu dibuat kerana difahamkan pihak McDonald’s kekurangan bekalan untuk hidangan french fries yang menyebabkan mereka hanya boleh menghidangkan semua menu dalam saiz sederhana.

image is not available

Oleh itu, hidangan bersaiz besar tidak akan disediakan sehingga diberitahu dengan lebih lanjut. Tapi, korang semua jangan risau… Bukan semuanya tak dihidangkan dalam saiz besar. Ini kerana, air minuman masih boleh dibeli dalam saiz besar.

image is not available

Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk menikmati hidangan bersaiz sederhana terlebih dahulu dalam masa terdekat ini kerana bekalan french fries McDonald’s masih belum diketahui bila akan tiba.

Tak apalah… Dapat medium size pun okay jugak.. Tapi kena order dua meals lah… Oopss! kantoi pulak min tengah craving McD sekarang… Hihihi!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.