
Kota Kinabalu: Parti Warisan terutamanya Bahagian P.180 Keningau masih utuh walaupun ada beberapa pemimpin bertindak untuk keluar parti baru-baru ini.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua mengesahkan hanya Naib Ketua, Pemangku Ketua
Wanita dan Pemangku Ketua Wirawati yang meninggalkan Bahagian itu.
“Mereka yang lain dalam jawatan kuasa Bahagian masih kekal bersama Warisan,” katanya dalam satu
kenyataan selepas mengadakan perjumpaan bersama Bahagian Keningau pagi tadi.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Warisan Keningau berkata tindakan segelintir pimpinan untuk keluar
parti tidak sesekali melemahkan Bahagian itu.
Sebaliknya, tindakan itu meningkatkan lagi semangat pimpinan akar umbi yang selama ini membantu
Warisan sejak 2016 untuk memperjuangkan Warisan.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

