Realme Buds Air 3 Tertiris Dalam Imej Sebenar

TechnologyDigital
23 Jan 2022 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kewujudan Realme Buds Air 3 telah kedengaran sejak minggu lepas. Bagaimanapun, ketika itu ia hanya tertiris dalam imej pengolokan yang dikongsi oleh OnLeaks. Terkini, ia muncul dalam beberapa imej sebenar pula bagi memperlihatkan dengan lebih jelas penawaran pada aksesori audio berkenaan.

Ia menunjukkan Realme Buds Air 3 dalam warna biru gelap. Jelas kelihatan, fon telinga mempunyai rekaan fizikal yang mirip seperti pendahulunya. Namun begitu, terdapat perbezaan untuk rekaan pada pod pengecasnya. Di mana, pod pengecasasnya menampilkan kemasan berkilat dan lut sinar yang memaparkan penjenamaan Realme pada bahagian atas.

Seterusnya, ia juga dipadankan dengan rekaan engsel yang kelihatan kukuh di belakang bersama butang khusus pada sisi kanan. Seperti pendahulunya, butang berkenaan bertujuan untuk melakukan tambatan bluetooth dan proses penatapan semula (factory reset) kepada peranti baharu. Tidak ketinggalan, terdapat juga port sambungan USB-C pada bahagian bawah untuk tujuan pengecasan.

Setakat yang diketahui, Realme Buds Air 3 akan dilengkapi sistem pembatalan bunyi secara hibrid yang mampu mengurangkan hingar sehingga 40dB. Di samping itu, tambatan pula dilakukan menerusi bluetooth 5.2, selain turut menyokong penarafan kalis air IPX5.

Fon telinga ini juga didakwa mampu bertahan mencapai 7 hingga 30 jam masa main balik tetapi kapasiti bateri tidak pula didedahkan. Sehingga kini, tiada juga sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran rasminya. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : mysmartprice

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved